"being myself is a weakness,looking to myself is a shame,knowing myself is a failure.."

Followers

Thursday, 30 November 2017

Tentang Mereka (7); Insecure

Emel reader:-

...Terima kasih bro sudi balas.. begini ceritanya:

Aku dan abang aku ni kenal dah dekat setahun kat negeri Pantai Timur...then sekarang ini aku duduk dengn dia sebab kitorang kerja di tempat yang sama.

Awal perkenalan, aku memang ada syak something wrong with him tapi untuk jaga relationship, aku think positive je la kan.

Selepas beberapa bulan, baru dia mengaku yang dia HIV positif..tapi time tu, dia tak ambil (ubat)  HAART lagi..Time tu aku dah dalam dilema sebab aku still ok dengan dia, tapi dalam masa yang sama aku takut..

Lepas dia open up tu, aku still treat dia mcm biasa. Aku try memahami dia..kadang-kadang aku temankan dia pergi (apointment doktor) and aku pun buat check up sekali (selama 2 tahun aku dlm dunia plu ni mmg aku rajin check up)..

Sekarang ini dah 3 bulan dia ambil (ubat) HAART atas saranan doktor walaupun paras CD4 dia masih ok. Tugas aku pulak adalah ingatkan dia untuk take medicine tu daily.

Hidup kitorang sekarang banyak dah berubah; no heavy sex. Dia selalu larang aku sentuh dia or any body contact sedangkan tak ada apa-apa risiko pun kalau body contact (aku dah buat research pasal gaya hidup dengan orang yg menghidap HIV ni).. Aku jadi keliru and makin lama dia selalu down..

Buat pengetahuan bro, aku ni tak ada family atas sebab sah taraf diragui. Abang aku pulak memang tak rapat dgn family. Positive attitude dia yang ada sekarang adalah dia tengah belajar untuk berubah jadi hamba Allah yang baik dan aku sendiri try berubah sementara aku still mentah dalam dunia ni..


Emel balasan:-

Alhamdulillah, dia dh start HAART dan aku assume bro negative kan?

For a brief introduction, CD4 ni salah satu measurement sel darah putih yg berkaitan dengan sistem daya tahan badan untuk melawan penyakit-penyakit seperti demam, selesema..etc. HIV akan makan CD4 dalam badan..
CD4 orang yang tak ada HIV is between 500-1000 dan kalau CD4 below 300 tu, dah hampir kepada AIDS... So, to avoid HIV tu bunuh CD4 lagi banyak, maka kena makan HAART supaya HIV tu 'tidur dan tak aktif'.... Boleh try google 'CD4' utk info detail..

Ubat HAART tu pulak ada side effects: it's either short term side effects or long term side effects. 
  • Contoh-contoh short term side effects: ruam, muntah, pening..etc
  • Contoh-contoh long term side effects: kidney failure, liver failure, reduce bone density..etc..
Ada sesetengah ubat yang boleh menyebabkan rasa depress dan down..bergantung pada jenis ubat yang diambil..

Back to your concern on 'abang bro tu semakin down', mungkin sebab dia rasa insecure; walaupun dia tau yg HIV tak jangkit kat orang lain through normal sentuhan, share makanan..etc.. Mungkin dia rasea rendah diri bila ada orang yang non-HIV sayang kat dia....mungkin sebab rasa sayang dia kat bro menyebabkan dia jadi protective and tak nak bro terkena HIV macam dia... These reflect his insecurity. Plus, dia makan ubat yang mungkin menyebabkan diri dia rasa down (walaupun sikit)..

In my situation: aku tahu side effect ubat yang aku ambik dari segi emosi and rasa down; aku jadi lebih mudah emotional (sedih, down and marah) especially within few hours makan ubat aku tu. Tapi, aku try kawal those feelings dengan buat macam-macam perkara. Contoh: lepas makan ubat, aku tidur...bila down rasa sunyi, aku offline social media (sebab kadang-kadang rasa down bila tengok orang lain happy dengan kawan-kawan dan rasa demoral bila kawan-kawan internet komen negatif kat post-post or aktiviti yang aku share kan)...time weekend, aku cari duit lebih and do some outdoor exercises..paling penting adlh: jangn tinggal solat. Walaupun rasa nak marah dengan takdir, tetap kena sembah Tuhan, mintak ampun..

Mungkin cara aku control those feelings tak boleh ditiru sebijik-sebijik..but abang bro kena start somewhere...setiap orang ada cabaran hidup masing-masing..

Dan untuk bro, memang kena support dia walaupun dia refuse...maybe boleh ajak makan angin ke, berkelah ke..hug dia sebagai tanda bro memang support dia sangat..

Semua orang tak suka jadi plu.. Sepanjang observation aku, ada banyak jenis plu..antaranya: 
  1. Naluri plu dah ada sejak kecik..mungkin disebabkan faktor membesar..
  2. Orang straight yang nak cuba-cuba or dipengaruhi orang lain..
Aku dalam kategori (1), susah sikit untuk orang macam aku ni buang terus naluri plu. Tapi, at least boleh try kurangkan aktiviti 'tak sihat' tu..hmmm. Cumanya, once kitorang kurangkn aktiviti 'itu', kitorang tak ada cara lain dah untuk release kan desire tu. Unlike straight guys, diorang boleh kahwin kann..so, memang chalenging la..huhu..😢

Aku ambik pendirian: tak salah untuk caring and support each other..tapi try elakkan heavy sex..hmm..dan paling penting: jangan tinggal solat and ibadah lain..
Aku sendiri tak ada pengalaman ber couple or abg-adik angkat macam bro...jadi aku tak pandai nak ulas panjang...haha...😅
*Content soal jawab kat atas dah ditapis sebab takut-takut ada yang kurang selesa nanti.

P/S: My insecure feeling sometimes comes when people treat me differently in a negative way...aku akan terasa bila sorang kawan tak dapat luangkan masa dengan aku sedangkan dia boleh keluar hang out with my other friends tanpa alasan yang logik...dan dalam gejala media sosial sekarang, aku ada jugak terasa kat kawan-kawan internet yang tak pernah komen or like my stories/posts sedangkan dia boleh komen or like stories/posts of my other friends...rasa macam diri aku ni tak cukup bagus dibuat kawan even just to receive a simple like/komen...dont't worry, I m not blaming others...but I will just keep silence and disappear one day..😢

Nah dengar aku melalak time selesema melanda ni...haha

Baby, I'm dancing in the dark with you between my arms
Barefoot on the grass, listening to our favorite song
 



Thursday, 19 October 2017

Syok Sendiri

Assalamualaikum geng...harap sihat semua hendaknya..amin...
Aku, macam biasalah...masih ada, cuma tak sempat nak update blog and kadang tak sempat nak online mana-mana social media...kikiki...mesej pun lambat reply... 😅

Sebelum aku mengarut panjang, aku nak tanya: korang faham tak 'syok sendiri' ni apa dia???haa..mesti korang terfikir pasal 'bertepuk sebelah tangan' kan?haha...confirm korang ada kisah-kisah syok sendiri ini..betul tak????hmm..

Crush:-

Tak dinafikan, aku pun ada jugak kisah-kisah syok sendiri. In fact sejak sekolah lagi duk crush kat senior/junior..hahaha..

Bila teringat balik, macam silly je pengalaman-pengalaman masa sekolah tu...yelah, masa tu gigih stalk crush and kadang spend duit yang tak seberapa semata-mata nak beli hadiah birthday la...nak belanja makan la...but honestly speaking, rasa macam tak dihargai pun..

Apatah lagi orang-orang yang aku crush (senior/junior) tu semua tak anggap aku sepcial pun..mungkin sebab dorang geli nak berkawan macam ala-ala abang-adik angkat or mungkin sebab aku tak 'cool' pada pandangan dorang; masa tu tak pandai nak menonjol..tak yakin walaupun sekadar nak berkawan...haha...rasa syok sendiri jelah..

But bila dah tua ni, ada la sikit improvement..lebih berani nak kenal dengan kawan-kawan internet..and surprisingly, kawan internet yang bukan plu lebih mudah nak berkawan..dorang lebih appreciate aku...selagi tak kantoi status aku la..huhu...(contohnya; Sarjan and adik dia)..tak apa lah, aku pun nak berkawan je sebab kawan-kawan aku dah ada life masing-masing and aku pun dah start avoid datang event-event dorang..hehe..so, kadang-kadang tu terasa sunyi la...

One thing remain the same is kalau aku crush kat sesiapa, aku tak tahu cara nak rapat dengan that crush...ada je aku ajak jumpa, lepak makn...tapi macam tak sudi je nak kenal aku..haha...😂..kadang tu bertahun-tahun tunggu that crush (atas macam-macam alasan that crush tak nak jumpa aku)...tapi tiba-tiba je that crush declare bercouple dengan orang lain pulakk...haha...cakap je awal-awal kalau tak suka aku...tak ada lah aku tertunggu-tunggu..huhu..
Ini salah satu kisah syok sendiri aku pernah cerita lama dulu: Hapuskanlah Perasaan Ini.

Anyway, biarlah aku fokus dengan benda lain yang lebih berfaedah..fokus dengan kerja..fokus dengan part time..fokus dengan famili ...dan fokus kat kesihatan aku

Penampilan Diri:-

Aku pernah cerita dulu yang dunia plu mengajar aku untuk lebih jaga imej diri in terms of berpakaian dan bergaya.

Kalau dulu, aku tak berani nak cuba baju lawa-lawa..now aku dah tau my own taste. Kalau dulu aku tak berani pakai baju yang fit..now, aku rasa selesa nak pakai baju yang fit sikit..haha..bukan apa, rasa la sikit confident nya..kalau tak, menggelebeh jer..hahaha...

Tapi, as I always said, no one notice pun...tak ada pun orang puji my outfit kat luar sana tu....just berselfie acah-acah macam bergaya and post kat FB, barulah ada yang komen...hahaha...pada hal kalau jumpa depan-depan, hauk sangat..huhu 😑...

Mulalah aku start rasa sia-sia je ubah penampilan; tak ada yang akan rasa kagum seperti mana aku kagum tengok orang-orang hot...tak ada yang akan puji my imej and outfit sepertimana aku puji imej and outfit orang lain..agaknya, memang tak kena kot imej and gaya aku ni..hmm...aku sangka yang aku pun boleh bergaya, tapi rupa-rupanya syok sendiri jer..huhu..  


Kesukaan/Minat:-

a) Oh ye, kalau kita nak baiki imej and confident level, pasti perkara utama yang kita akan consider adalah fitness and bentuk badan yang lawa...so, aku pun macam tu lah...dari someone yang tak pernah minat bersukan, tiba-tiba aku jadi minat nak try aktiviti sukan yang boleh naikkan confident level aku...

Ia bermula lepas aku accident jatuh motor masa buat praktikal Uni aku..masa tu, doktor suruh rehab untuk pulihkan balik muscle kaki aku so that aku boleh cepat sembuh...

Jujur aku cakap yang aku tak berbakat sangat dalam team sport macam bola, badminton dan mana-mana sukan yang perlukan team/partner...so, aku try berbasikal dulu...then rutin jogging and workout sikit-sikit...then swimming..and other outdoor activities..Alhamdulillah, memang rasa best, puas dan rasa confident level tu better...

But, oleh sebab aktiviti-aktiviti aku tu adalah aktiviti solo, so aku tak ada member untuk diajak joint sama-sama..as I said, member-member yang belajar sama dulu pun dah ada life sendiri..At first, rasa segan jugak bila sorang-sorang jogging and sorang-sorang pergi swimming pool; terasa macam ada orang mengata dari jauh: "siapa budak ini? Datang tempat orang tak bertegur sapa macam sombong." haha...tapi lama-lama, aku jadi terbiasa...pergi mana-mana tempat yang aku rasa selesa for few hours just to finish my routine, then terus balik..pathetic kan??haha....terasa macam makin introvert pulak..hmm..on the other hand, I will do my activities consistently and more focus bila sorang-sorang..bila workout, aku prefer beli my own equipment yang simple so that aku boleh workout kat rumah je sebab segan yang amat nak masuk gym dengan badan sendu sedang niiih😂

b) Other than simple outdoor activities, aku minat jugak berkarya (menulis puisi, ayat-ayat jiwang, sajak, even ada jugak tulis few song lyrics)..cuma karya-karya aku tu aku tak tahu nak letak mana...

Masa sekolah dulu selalu jugak hantar karya cerpen-puisi kat radio and I did record it bila DJ radio tolong bacakan my karya tu...kalau nak dengar, boleh singgah kat salah satu karya tu kat sini:-

Then, ada jugak aku record suara sumbang aku, nyanyi lagu kat Smule..siap ada channel Youtube lagi..haha...tapi, as usual, memang hauk la suara..tak ramai viewers and komen pun..kikiki😂..ada jugak yang kecam...but it's ok, aku memang sedar diri suara tak sedap..huhu..korang pun salah sorang mangsa yang terpaksa dengar my voice kan?kikiki

Korang jangan salah anggap, tak ada niat nak ganggu hidup siapa-siapa pun....sekadar release tension and cuba-cuba syok sendiri je..huhu..😑..


Achievement:-

Hmm..yang ni susah sikit aku nak fikir...sebab at first, aku cuma terfikir tentang achivement dalam sport and arts which I have none 😥..

Tapi, bila deep thought, aku rasa tak fair kalau aku cakap yang aku tak ada langsung achievement dalam hidup: eventhough aku tak dapat banyak piala/pingat or apa-apa sijil dalam sport and arts, at least, aku berjaya habiskan my studies..Alhamdulillah...and more importantly, aku ada kerja yang boleh tampung diri aku (selagi tak kantoi status aku la...hmm)...with that, I can help my family to settle debts yang tak tercapai akal tu dalam masa 3 tahun..huhu...it was a great releif tho...hmm...and again, who cares??who knows??...

Selain itu, aku dapat rasa yang ada sikit perubahan dari segi fitness and my body physics...walaupun tak sehebat orang lain, tap it's really a self satisfaction and an achievement for me especially bila office mates puji..haha...(perasan kejap 😅)..Teringat pulak peristiwa bila aku join kursus Team Building company awal Okotober 2017 hari tu...kitorang kena share bilik dengan  staff lain yang datang dari serata Malaysia..dan paling aku cuak bila aku kena share bilik dengan seorang brader yang dah 30an nak masuk 40an....sekali pandang, gluppp...memang ala-ala daddy hot la....hahaha...bila time mandi, aku sengaja bukak baju depan dia..then dia cakap: "you pergi gym ek? lawa badan..."..hahaha...aku sengih-sengih jelah...kikiki...then, peristiwa my boss (foreigner) duk pegang-pegang lengan aku sambil perli aku: "wow, Mr Universe!...."...kuajaq punya bos...haha..😂 Tapi, ini pun syok sendiri je..acah-acah fit padahal sendu..haha...yang penting sihat Alhamdulillah..hmm

Above all, semua orang measure achievement with what they see, especially: marriage, kids and wealth....tapi dorang tak tau pun apa yang berlaku di sebailik tabir...hmm..it doesn't mean that being single is no achievement/not moving forward/not happy at all...huhu...and honestly speaking, aku pun ada sedikit wealth untuk cover my expenses in case of 'emergency' anytime nanti...cuma aku tak suka nak kecoh-kecoh bagi tau satu dunia seperti:-
"Tak sabar nak dapat kunci rumah baru beli....,"😑
"Alhamdulillah, bulan depan dapat kereta baru, sayang nak let go kereta lama....," 😑
"Buat kira-kira dalam bank, ada baki 50k je tinggal....,"😑
Bengong betull.... haha...gelagat macam ini, ada mentioned dalam Al-Quran, Surah Al-Kahfi ayat 34 (boleh klik DI SINI untuk baca ayat tu)..

Sebab tu, tak ada orang yang tau and tak ada orang peduli pun dengan acievement-achivement macam ini....unless korang duk tayang berpuluh medal marathon...tayang duit berkepuk-kepuk...or tayang saat-saat bersweet-sweet dengan BF 😂, barulah korang akan dihargai...that's the nature...hahaha..

So, biarlah aku syok sendiri dengan 'achivement-achievement' aku ni as long tak ganggu hidup orang lain..hahaha..

Ok lah guys, till next time...wassalam... 😄

Oh ye, nah lagu aku sumbangkan..haha:













Sunday, 6 August 2017

Tentang Mereka (6); DILEMA DOKTOR POSITIF HIV

Assalamualaikum..semoga sihat sejahtera semua...amin...

Kali ni, aku tak sempat nak karang entry panjang-panjang....cuma nak share satu post yang aku dapat dari link FB:- DILEMA DOKTOR POSITIF HIV ...
Cerita yang touching and some sort of penghargaan kepada yang senasib...

Aku dah minta izin dari empunya post FB untuk share..so, meh sama-sama baca:-

============================================

Ini adalah kisah benar, penceritaan semula adalah dengan kebenaran individu terbabit.
Hamdan (bukan nama sebenar) adalah seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di ibu negara. Personalitinya yang ramah dan mudah mesra dengan orang lain amat disukai oleh pesakit-pesakit dan juga rakan sekerjanya. Beliau baru sahaja berkahwin, belum lagi dikurniakan rezeki cahaya mata. Isterinya juga seorang doktor.

Kerjaya sebagai seorang doktor mendedahkan beliau kepada pelbagai risiko. Salah satunya adalah risiko jangkitan yang serius seperti HIV dan hepatitis B. Oleh sebab itu, petugas kesihatan digalakkan menjalani ujian saringan HIV dan hepatitis sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

Bekerja di Jabatan Pesakit Luar, Hamdan mempunyai risiko yang rendah untuk dijangkiti penyakit-penyakit sedemikian, berbanding dengan doktor yang bekerja di Jabatan Kecemasan atau di dalam wad penyakit berjangkit. Namun sekali dua, Hamdan tetap akan merawat pesakit yang positif HIV atau hepatitis. Bagi melindungi dirinya dari risiko jangkitan, Hamdan akan mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam pengambilan darah. Nasib beliau baik, beliau tidak pernah kena 'needle stick injury' sewaktu bertugas.

Pada April lepas, beliau sekali lagi menjalani ujian saringan HIV dan hepatitis B, atas dasar pemeriksaan rutin. Darah beliau diambil dan dihantar ke makmal, keputusan ujian akan siap dalam masa 1 minggu. Tidak terlintas dalam fikiran beliau, ini permulaan titik hitam hidupnya.

Tiga hari selepas sampel darah beliau dihantar, beliau mendapat panggilan dari nombor hospital.
"Assalamualaikum Dr Hamdan, saya Rostini dari MMB (makmal mikrobiologi). Doktor ada hantar sampel darah doktor untuk ujian saringan HIV kan minggu lepas?"
"Ya, saya. Ada apa-apa masalah kah?"
"Doktor, maafkan saya tapi saya rasa elok doktor jumpa Klinik Penyakit Berjangkit. HIV 'rapid test' doktor negatif, tapi 'combo test' doktor positif. Walaupun 'titre' nya kecil, kami akan uji semula dengan 'Particle agglutination'. Oleh yang demikian, saya dah rujuk kes kepada Pakar ID (infectious disease), saya harap doktor boleh buat temujanji di klinik beliau"

Berderau darah Hamdan apabila mendengar berita tersebut. Tak semena-mena air matanya menitis. Perkara pertama terlintas diingatannya adalah isterinya dan kemungkinan untuk mendapatkan zuriat kelak. Kemudian terlintas impiannya untuk menjadi seorang pakar. Bagaimana boleh beliau menyambung pelajaran jika beliau positif HIV! Sudah tentu akan ada stigma dari masyarakat dan rakan sekerja. Beliau juga perlu kerap ke Klinik Penyakit Berjangkit, makan ubat sehari-hari, dan rutin ini akan kekal seumur hidup! Bagaimana boleh dirahsiakan perkara ini!

Seminggu beliau diberi cuti oleh Pakar Penyakit Berjangkit. Pertemuannya dengan pakar tersebut tidak melegakan perasaan beliau, walaupun pakar tersebut cuba menenangkan fikiran beliau.
"Kes biasa je ni Hamdan. Besar kemungkinan 'false positif je'. Kita tunggu keputusan 'Particle Agglutination'. Dan untuk pastikan kita tak terlepas apa-apa, nanti saya ambil darah untuk HIV RNA.
Awak jangan risau."

Hamdan hanya tunduk sepanjang konsultasi tersebut. Malu, apa lah yang bermain di fikiran pakar tersebut. Hamdan malu untuk bertentang mata dengan pakar tersebut, beliau takut dipandang serong. Ya lah, HIV selalu dikaitkan dengan hubungan seks rambang. Dan sebagai lelaki, walau beliau sebaik malaikat pun, jika ada HIV, sudah tentu orang ramai akan memandang serong.

Seumur hidup beliau, hanya pernah bersama isteri yang dicintai. Tidak pernah beliau 'makan luar'. Apatah lagi mempunyai perempuan simpanan. Beliau sekarang dalam dilema, undang-undang memerlukan beliau memberitahu isterinya jika betul-betul positif. Apakah penerimaan isterinya? Patutkah beliau mendiamkan diri sahaja sampai keputusan 'Particle agglutination' dan HIV RNA siap? Mampukah beliau menahan perasaan kesunyian dan kegusaran itu seorang diri? Boleh gila dibuatnya! Kemudian, jika isterinya sudah tahu, apa langkah seterusnya? Mereka belum ada anak, takkan mahu ambil anak angkat. Berjujuran air mata Hamdan memikirkan masa depan mereka.

Akhirnya, Hamdan membuat keputusan, isterinya perlu tahu, Dan beliau nekad, jika betul-betul keputusan itu positif, beliau akan ceraikan isterinya. Perceraian itu akan dilindungi alasan lain, kononnya Hamdan dah berubah hati, tidak lagi rasa sayang pada isterinya. Biarlah keluarga memandang beliau sebagai lelaki jahat, ceraikan isteri kerana berubah hati. Namun beliau tak sanggup membebankan isteri yang dicintai dengan stigma HIV, dan mendapat pandangan serong dari keluarga sekiranya mereka tahu hal sebenar. Beliau nekad, malam itu rancangan nya akan diberitahu kepada isterinya.

Malam itu, kebetulan Hamdan mengambil isterinya dari tempat kerja. Perjalanan pulang mereka diterangi lampu lebuh raya yang suram dan malap. Hujan rintik-rintik. Isterinya yang masih tidak tahu perkara sebenar, terus-menerus bercerita tentang penatnya kerja hari itu.
"Abang ada benda nak cakap ni. Harap Fizah jangan terkejut"
"Apa dia bang?" berkerut muka Hafizah, suaminya selalunya banyak cakap dan suka membebel. Kenapa malam itu lain pula perangainya.
"Baru ni abang buat 'blood test', 'routine check' untuk HIV. Makmal telefon abang, dia kata abang positif HIV" kelat mulut Hamdan cuba mengeluarkan perkataan pahit positif HIV itu.
Hafizah terdiam. Hamdan dengar esakan perlahan dari wanita yang amat dicintainya. Hamdan menguatkan hati, beliau memberitahu tentang keputusan itu belum pasti dan perlu ditunggu lagi dua ujian. Hamdan teruskan dengan perancangan beliau, untuk bercerai jika betul-betul positif, namun Hamdan pinta, biarlah status HIV itu menjadi rahsia mereka berdua sehidup semati.

Hafizah hanya diam dan teresak-esak. Air matanya berjujuran, tak berhenti-henti. Setelah beliau dapat menenangkan diri, beliau bersuara.
"Fizah 'sure' keputusan tu 'false positive' je. Abang tak ada 'risk factor'. Fizah percaya abang. Tapi kalau betul abang positif, Fizah tak nak bercerai, biar Fizah kena sama dengan abang, kita pergi klinik sama-sama, 'follow up' sama-sama. Bab anak, tak apa, kita ambil anak angkat je. Kita simpan rahsia ni sampai bila-bila, tapi Fizah tak nak bercerai sebab ni."

Mendengar ketulusan hati isterinya, air mata Hamdan yang berjaya ditahan tadi mengalir lagi bak empangan pecah. Bersyukur sungguh atas kehadiran teman hidup yang amat menyayanginya. Namun jauh disudut hatinya tetap berharap bahawa keputusan ujian itu hanyalah 'false positive'.

Setelah seminggu bercuti, Hamdan kembali bekerja. Setiap hari beliau menghubungi makmal bagi mengetahui keputusan ujian tersebut. Namun masih lagi dalam proses. Hari ini, telah habis cutinya, Hamdan kembali menyambung tugas, biarpun hatinya masih tidak mampu untuk fokus.

Ironinya, pesakit pertamanya adalah seorang lelaki yang datang membuat ujian HIV kerana terlibat dalam seks rambang. Lelaki tersebut kerap ke selatan Thailand bagi melanggan pelacur. Oleh yang demikian, dia kerap menjalani ujian HIV.
"Encik, saya ada berita baik untuk encik, keputusan ujian HIV encik semuanya negatif"
"Wahhh, baguslah doktor. Saya ada plan lagi nak ke Danok minggu depan. Syok ooo. Tapi saya selalu pakai kondom. Sebab tu tak kena lagi sekarang ni"

Berasap telinga Hamdan mendengar kata-kata lelaki itu. Merah padam mukanya menahan amarah. Terlintas di fikirannya tentang ketidak adilan dunia. Kenapa beliau yang langsung tidak pernah bersama mana-mana wanita selain isterinya positif HIV tetapi lelaki keparat ini negatif pula! Cepat-cepat beliau menyudahkan konsultasi tersebut, takut terlepas kata-kata tidak manis kepada lelaki ini. Kliniknya diteruskan, walau hati langsung tidak fokus.

Kring, kring. Nada telefon bimbit 'oldschool' nya berdering.
"Dr Hamdan, saya Rostini dari MMB. Result PA dah keluar. HIV RNA pun sama. Alhamdulillah, kedua-duanya negatif. Jadi 'combo test' yang positif tempoh hari adalah 'false positif' sahaja. Doktor jangan risau lagi ya."

Hati Hamdan melonjak gembira. Beban positif HIV yang dipikulnya selama dua minggu terangkat dari pundaknya. Impiannya yang dulu kelam kini bersinar semula. Tak sabar rasanya mahu memberitahu isterinya. Namun beliau sedar, beliau perlu memanjatkan syukur pada yang Esa. Perlahan beliau melangkah ke surau untuk sujud syukur. Dalam doanya, tenang beliau bermuhasabah diri.

Dua minggu ini mengajarnya banyak perkara:-
  • Betapa peritnya menjadi seorang yang menghidap HIV. Stigma masyarakat, walaupun tidak lagi beliau hadapi, tetapi andaian demi andaian berkenaan stigma masyarakat cukup untuk membunuh hatinya. Sesungguhnya penghidap HIV yang mampu menjalani kehidupan seharian seperti biasa amatlah hebat dan kuat. Apatah lagi mereka yang bersifat terbuka dalam status mereka.
  • Hamdan faham, dilema dan beban menunggu keputusan sebenar. Oleh itu beliau sedar betapa pentingnya memberi kaunseling dahulu sebelum memulakan ujian. Perlu diberitahu, jika ujian pertama positif, tidak bermakna terus ada HIV. Masih perlu ujian untuk pengesahan. Maka 'pretest counseling' amatlah penting sebelum membuat ujian.
  • HIV bukan penghujung nyawa. Dua minggu Hamdan bertarung dengan beban tersebut, beliau rajin membaca berkenaan HIV. Beliau sedar, dengan ubat-ubatan dan disiplin yang baik, penghidap HIV boleh hidup seperti orang lain, menjalin hubungan dengan isteri tanpa kerisauan, malah mendapatkan zuriat yang bebas HIV! Betapa jumudnya pemikiran Hamdan sebelum ini.
Benar, Allah menguji Hamdan bagi membuka mata beliau, dan menjadikan pengalaman ini satu aset dalam kerjaya beliau. Syukur Alhamdulillah.
----------------------------------------------------------------------------------------
Fakta penting berkaitan HIV:-
  1. HIV dan AIDS adalah dua perkara berbeza. HIV adalah virus yang menjangkiti manusia dan menyebabkan kelemahan imuniti badan. Apabila imun terlalu lemah akibat tidak dirawat, ia menuju ke arah AIDS 'Acquired Immune Deficiency Syndrome' dan pelbagai jangkitan yang kebiasaannya tidak menjangkiti manusia akan berlaku kepada penghidap AIDS
  2. Ujian untuk HIV dibahagikan kepada SARINGAN dan PENGESAHAN. Ketepatan ujian HIV bukanlah 100%. Walaupun ketepatan dan kejituan ujian saringan pada masa sekarang melebihi 90%, masih ada kes 'false positive' seperti Dr Hamdan. Oleh yang demikian, perlunya seseorang yang menjalani ujian ini diberi 'pretest counseling' dan memahami bahawa perlu ujian lanjut bagi mengesahkan jangkitan biarpun ujian pertama adalah positif. Di Malaysia, SOP ujian HIV amat ketat bagi mengelakkan kes salah diagnosis HIV.
  3. HIV bukanlah hukuman mati. Dengan kemajuan perubatan moden, telah wujud pelbagai ubat bagi merawat HIV. Seorang penghidap HIV boleh hidup sepenuh usia seperti masyarakat normal, melahirkan anak yang normal dan berkeluarga, asalkan patuh dengan rawatan dan berdisiplin dalam pengambilan ubat.
  4. Tiada rawatan untuk MENYEMBUHKAN HIV. Walaupun virus HIV boleh dikawal sehingga tiada penghidap boleh hidup sama seperti orang normal, tiada penawar yang boleh menyembuhkan HIV sehingga kini. Seringkali kita dimomokkan dengan produk-produk ajaib yang boleh menyembuhkan virus HIV, natijahnya ianya tidak lebih dari sekadar penipuan. Mohon jangan terperdaya dan teruskan disiplin anda dalam mengambil ubat yang telah dipreskripsi kan oleh doktor anda
  5. Risiko menjangkiti HIV termasuklah hubungan seks songsang (terutama lelaki dan lelaki), seks rambang, dan melanggani pelacur. Walaupun penggunaan kondom juga mengurangkan risiko jangkitan HIV, HIV juga boleh berjangkit melalui seks oral (peratusan risiko lebih rendah berbanding seks 'penetrative'). Oleh itu, elakkan membuat seks bebas dan songsang.
  6. Satu lagi risiko jangkitan adalah penularan dari ibu kepada kandungan. Oleh itu setiap wanita mengandung perlu mendapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital bagi memastikan negatif HIV. Jika positif, langkah perubatan akan diambil bagi memastikan bayi yang dilahirkan bebas HIV. Pokoknya kelahiran di rumah tidak membantu dalam kes sebegini.
  7. Terdapat sejenis protokol pencegah yang dikenali sebagai 'Post exposure prophylaxis' khas bagi mereka yang membuat hubungan seks dengan seseorang yang disyaki positif HIV. Protokol ini hanya berkesan jika diambil dalam masa 72jam. Oleh itu, jika anda mengesyaki diri anda terdedah kepada jangkitan ini, sila ke premis kesihatan berdekatan dan bertanya berkenaan 'Post exposure prophylaxis'. Situasi yang sama diaplikasikan kepada petugas kesihatan yang terkena 'needle stick injury'.
  8. HIV tidak berjangkit melalui air liur, peluh ataupun sentuhan kulit. Oleh itu, masyarakat perlu membuang jauh-jauh stigma terhadap penghidap HIV dan berinteraksi secara normal dengan mereka. Boleh jadi jangkitan HIV pada mereka bukanlah salah mereka, jadi kita tidak berhak menghukum mereka. Hentikan stigma kepada pesakit HIV.
  9. Kebanyakan masyarakat jumud mengatakan ubat HIV yang diambil itulah yang membunuh pesakit HIV. Ini tuduhan berat yang salah sama sekali. Pada tahun 1980-1990, tanpa pengenalan ubat anti HIV, mereka yang disahkan menghidap HIV umpama diberi status hukuman mati mandatori. Namun sekarang, dengan ubat-ubatan yang dikenalkan (kebanyakannya disubsidi kerajaan), penghidap HIV boleh hidup seperti masyarakat normal malah boleh berkeluarga.
Edited addendum: Kes dr Hamdan adalah kes istimewa dan tidak mengambarkan sepenuhnya SOP hospital kerajaan dalam proses memberitahu pesakit tentang status HIVnya. Status HIV pesakit hanya boleh diberitahu melalui konsultasi secara berdepan dan tidak boleh dilakukan melalui telefon. Ia seharusnya dilakukan oleh doktor yang memesan ujian tersebut. Oleh sebab itu, kaunseling sebelum ujian dan selepas ujian saringan amat penting.

Semoga lakaran kisah ini memberi pedoman dan informasi kepada anda semua.
Dr Amirul Amzar

============================================

Saturday, 10 June 2017

Bukan Milikku

Assalamualaikum...

Rasanya, belum terlambat untuk aku ucapkan selamat menunaikan ibadah dalam bulan Ramdan..semoga kali ini lebih baik dari yang lepas-lepas.

Actually, banyak cerita aku simpan dalam kepala otak...tapi sebab tak ada masa sangat nak update, so tergendala je niat tu..haha...tiba-tiba ada few peminat (peminat ker???cewah... 😝) yang tanya pasal entry baru...tu yang semangat nak publish satu entry untuk bulan ni. Jujur cakap, tahun ni, hambar sikit blog aku sebab baru dua entries yang published kan?kikiki..bila ada orang komen and hantar emel, baru aku ada semangat nak update lg..hahaha....your support is truly important guys...thanks...!!😉

Ok, straight to the point, entry ini aku dapat ilham masa aku tengah dengar tazkirah lepas teraweh kat surau rumah aku...dicombine pulak dengan lagu 'Alhamdulillah - Wani ft Juuzzthin' and 'Pesan - Irfan Haris' yang comel ehh...hahhaa...

Tazkirah tu disampaikan oleh Pencetus Umah (PU) Merico Achenk Abdullah..(baru aku perasan, handsome sungguh PU ni..berkarisma pulak tuh...hahhaa...blink-blink mata aku duk tengok..hahha..)

Banyak benda yang PU ni cerita...tapi something yang aku agak terasa bila dia cakap tentang nikmat. Semua orang tahu yang segala rezeki and apa yang kita ada ni Allah yang bagi...dari kita bangun tidur sampai kita tdur balik, even masa tengah tidur pun nikmat dari Allah...betul tak? Tapi, betapa ramai yang kadang-kadang terlupa benda ni? Aku pun termasuk golongan yang terlupa nak sentiasa ingat kat Tuhan...terlupa bahawa nikmat-nikmat tu semua bukan milik kita...

Dan betapa ramai yang sedar diri kita ni manusia, tapi tak sedar bahawa kita ni hamba Tuhan. Contohnya; kalau someone tu sekadar tahu dia seorang manusia, dia akan cakap yang minum air boleh hilangkan haus...tapi kalau someone tu sedar diri sebagai hamba, dia akan cakap bahawa Allah lah yang boleh hilangkan haus....haa...korang yang mana?huhu...

Rezeki:

For now, aku rasa macam dah cukup complaisance dengan apa yang aku ada..terasa bangga dengan pencapaian setakat ini...tapi aku lupa yang bila-bila masa semua nikmat boleh ditarik balik sekelip mata jer...mulalah aku risau fikir masa depan..tentang kerja aku..tentang perkara yang berkaitan dengan survival aku....sampaikan kalau boleh nak kumpul harta/duit banyak-banyak untuk tampung hidup aku one day nanti...huhu...

Sebelum Ramadan baru-baru ini, aku ada kenal someone yang newly diagnosed....(kenal kat program NGO HIV)...dia nampak risau and kesian tengk dia (tapi comel and handsome..hahahahahhaha..) bila aku duk borak-borak..rupanya dia baru diberhentikan bila company (multi national company) dia dapat tahu yang dia poz 😓 ...hmm...3 bulan lebih dia menganggur..sedangkan sebelum itu, dia dah lama kerja dalam bidang dia tu...sungguh Allah maha besar..bila-bila masa dia boleh tarik balik apa yang Dia bagi kat kita..huhu...sekarang ni, dia dah start ubat..dia ada cerita kat aku yang dia rasa lemah sangat lepas start HAART tu..rasa pening-pening..kesian kat dia weh...teringat masa aku mula-mula start dulu....cuak, takut semua ada....tapi aku just mintak dia tahan sikit...I said: "sekejap je effect tuu...insyaAllah nanti lama-lama akan biasa.."..pada hal aku pun rasa kesian kat dia..hmm

Dari kisah dia ni pun aku dah terfikir 'macam mana aku nak tukar kerja lain kali? Semua kawan aku dah tukar kerja....tinggal aku je weh... 😔 ' macam-macam orang akan mengata kat aku nanti...dah la tak kahwin-kahwin...kerja pun setakat tu jer..hmm.....

Sungguh, rezeki itu Allah yang bagi...

Jodoh:

Bab ini, aku tak pandai nak kupas banyak...kalau ikut kefahaman orang ramai, jodoh adalah termasuk perkara yang hanya Allah je tahu...

Tapi, makin aku belajar and selidik tentang hal ini, ada yang berhujah bahawa taraf 'jodoh' tak same macam 'rezeki'...meaning, dalam Quran terang-terang mention yang rezeki tu Allah yang akan tentukan dan cukupkan..tapi bab jodoh, semuanya Allah bagi pilihan untuk "kahwin sesiapa je yang kita pilih"...so, it is a choice to get married or not..(boleh baca artikel Apakah Jodoh di Tangan Allah atau Manusia? and Antara Rezeki, Jodoh dan Ajal )...but in my case, mungkin aku sendiri yang pilih tak nak kahwin kot sebab banyak benda aku kena fikir; dengan naluri lagi...my status lagi...entah lah...takut menzalimi isteri pulak nanti...dan takut kalau isteri jadi jemu lama-lama dengan situasi aku..huhu..

huntong la dorang yang dah kahwin tu...at least ada someone yang boleh jaga dorang bila dah tua nanti...kan kan kan...

Jujur aku cakap, perasaan plu tu tak hilang dari diri aku...even aku dah tak fikir sangat and nak move on, tetap akan ada rasa nak someone special who can appreciate me as I am...accept me for my status...and maybe to guide me to a better life...who knows right?...haha..entah lah..mustahil lah...aku tunggu jelah siapa-siapa kat alam 'Sana' nanti...tu pun kalau aku masuk syurga la...haha...

Speaking of syurga, ada jugak aku terfikir, mungkin kat syurga nanti akan ada jodoh untuk plu-plu..sebab apa yang dilarang di dunia, semuanya halal kat syurga kan?so, I guess it should include gay thingy la kan?ke bukan?hmm...malah, aku pernah dengar ceramah seorang Ustaz, dia cakap perasaan kita akan sama je kat syurga nanti...maybe kalau kita ni ada naluri suka kat lelaki, kat syruga pun still sama la kot?aku tak nak kupas banyak..haha...

Sungguh, jodoh itu belum milikku.... 

Ajal:

Kalau tak salah, kat psot sebelum ni aku ada cakap yang tahun ni masuk tahun ke-3 ak disahkan poz...and initial calculation dari doktor, ada 7 tahun before aids....since aku dah start HAART, kiraan tu mungkin dah tak valid lagi..tapi still akan kurang dari orang yang tak poz..

Cuba tengok gambar kat bawah ni..aku snap masa tengah dengar talk psl hiv:-

Apa-apa pun, ajal maut tu Tuhan yang tentukan..betul tak? Cuma aku kena prepare for any possibilities la...kalau setakat on-off buat amal soleh,hmm belum prepare lagi namanya ni...huhu

Kalau boleh, aku tak nak susahkan siapa-siapa masa ajal aku datang nanti...mungkin ini salah satu hikmah aku tak kahwin-kahwin lagi kot..haha...

Kadang-kadang terfikir; lebih baik aku yang 'pergi' dulu so that my famili tak payah susah-susah jaga bujang terlajak ni..haha dan tak payah lah aku duk fikir pasal masa depan sangat sebab a bit risau kalau dah tua duduk sorang-sorang...kikiki..tapi on the other hand, aku terfikir, lebih baik my parents yang 'pergi' dulu so that dorang tak tengok aku hidup sepi sorang-sorang...entah lah ...indeed, Allah knows best...hmm...

Sungguh, ajal itu hanya Tuhan yang tahu...

Apa-apa pun, antara tiga perkara kat atas tu: antara Rezeki, Jodoh dan Ajal, mana datang dulu, aku kena grab and kena prepare...Disebabkan jodoh tak datang-datang, aku rebut dulu rezeki..macam-macam aku buat untuk saving...kadang penat tapi I have to..untuk masa depan yang tak menentu... 😓 dan kalau ajal yang datang dulu, aku kena siap-siap untuk bertemu Pemilik kita...and I know I am haven't prepared for that yet😓

Oklah, see you guys another time..pesan aku kat diri sendiri/korang: jangan skip puasa and teraweh...walau sejahat mana pun kita, suruhanNya tetap kena buat..huhu. Memang susah nak maintain ingat kat Tuhan and bersyukur..kadang hari ni rasa nak wat ibadat..lepas tu esok buat dosa balik...haih...sehinggakan waktu turunnya wahyu tentang istiqamah ni, terkeluar uban kat rambut Nabi kita dulu sebab dia terfikir macam mana umatnya nak istiqamah...aku pun harap sangat yang aku terus-terusan buat amal soleh..amin...huhu...


 "Nanti di akhir nafasku
Lihatlah ku buat kali yang terakhir
Doa-doakanlah aku
Di saat aku menghadapNya"




Monday, 24 April 2017

...bahagia...

Assalamualaikum semua...apa khabar kali ni?
hmm...makin lama aku tengok blog-blog yang aku follow tu makin tak berapa meriah dengan komen-komen dah? Apa jadi weh?huhu...mungkin sebab sekarang ni dah banyak medium internet untuk kenal-kenal and chatting kot...in fact, those mediums are lot better than blogger...hmm..

Tak apalah korang, jangan putus asa untuk berblog..kalau dah tak ada idea, rest la kejap...jangan delete please....aku dulu pun pernah rasa malas nak berblog lagi..tapi, aku biarkan je blog ni...sebab one day lepas tu, aku menulis balik..haha....

Dan perasaan yang paling best is bila blog aku ni dah lebih 5 tahun usianya...tak sangka banyak benda aku pernah karutkan..kikiki...ada jugak few entries yang aku baca balik and bagi aku semangat balik...above all, aku harap sangat ada info-info yang berguna untuk 'golongan-golongan tak clean' macam aku ni haaa...huhu...

Ok, back to this entry, aku nak cerita pasal perkara-perkara yang buat aku bahagia (happy) nowadays...tak ada la banyak, but at least ada kan?hehe

Firstly: Tak disangkal lagi, sekarang ni duit buat aku happy..sebab apa? Dengan duit aku boleh bayar komitmen aku, hutang family, belanja adik-adik etc. Mungkin ramai yang selalu cakap, duit tak memberi kebahagiaan kan kan kan?haha...tapi bagi aku, duit lah something yang tak kecewakan aku...tak sakitkan hati aku..huhu...

Semuanya bermula sejak kecil lagi sebenarnya...masa tu, famili aku ni bukanlah berada sangat...so, banyak benda yang tak mampu aku nak dapat pun. Ada jugak few interests aku terpaksa aku lupakan sebab aku tau, aku tak mampu nak follow and fulfill interest tu...

In fact, bila dah besar dan rasa sunyi ni, aku prefer cari duit lebih dari buat perkara yang bukan-bukan. Lama-lama, aku tanamkan dalam diri aku (especially bila teringin nak manja-manja and nak teman): "better aku cari duit,".....even sekarang ni aku buat Uber part time just untuk kurangkan aktiviti yang tak patut aku buat..huhu...pathetic kan :( ?  

Secondly: Harta benda pun buat aku happy...contohnya; pakaian, motor, kereta dll...actually harta ni selalu berkait rapat dengan duit kan? Kalau ada duit, baru boleh beli harta...betul tak?hehehe...

Tapi, sebanyak mana pun aku cuba kumpul duit or harta, aku sedar yang dua-dua tu takkan kekal...dan dua-dua tu ada bahagian orang lain....insyaAllah, selagi ada kemampuan, aku cuba untuk salurkan kat tempat yang memerlukan...

In conclusion, benda yang tak bernyawa makes me happier than living creatures agaknya..haha...bukan nak kutuk ke apa..tapi jujur aku cakap, manusia mudah lupa....even pada sahabat or famili nya sendiri....apatah lagi untuk orang yang selalu kena reject ni, mesti lama-lama akan rasa putus asa and penat nak cari someone special kan?haha...tak apalah, bukan bahagian aku untuk bahagia dengan cara itu agaknya....

Cuma mungkin aku boleh selitkan kat sini yang ada sedikit rasa happy bila aku dapat settlekan satu persatu masalah famili and friends aku walaupun sekadar tolong belanja makan..haha...(again, it's about money..money..money)...

Oh ya, baru-baru ni aku ada kenal sorang anggota unit beruniform kat area tempat aku kerja...kisahnya macam ni:
25 Mac 2017 hari tu, aku hantar orang ke airport pagi-pagi buta (Uber)..then, singgah kat salah satu IPD kat KL, nak solat Subuh. Tiba-tiba ada sorang anggota handsome and fit tengah solat..aku sepdia  jadi makmum..
Habis solat,aku borak-borak dengan dia dekat 30 minit...masa tu, dia tengah tunggu nak kawad sempena Hari Polis yang ke-210 hr tu..macam-macam pulak yang kitorang borakkan...haha..😂
Last perbualan:
Abam polis handsome: ok la..saya nak siap-siap ni..jumpa lagi..
Aku: ok bang..jumpa lagi (sengih-sengih)
Abam polis handsome (sambil-sambil jabat tangan): saya Zul..
Aku (sambil hulur tangan): saya A***...
Abam polis handsome: ohh.. A*** apa?...nama sama macam adik saya...
Aku: oh yeke?hehe...A*** je...hehe..

Lepas tu, aku pun berlalu pergi..tak mintak no hp or fb pun...sedih jugak la...rasa menyesal pulak..kikiki...

Then, hasil usaha aku...dapat jugak no abam polis tu..kikiki...how?hehe
Ok macam ni; kan dia cakap dia ada adik yang sama nama mcm aku kan?so,aku search la nama tu kat internet...then,aku inbox and tanya orang tu: "ada tak abang nama sekian-sekian kerjeapolis?
Dia cakap "ada"...lepas tu, terus la aku ambik ID FB abang dia tu..kikiki..
Bila dah add FB abam polis tu,aku inbox pulak dia..and dia cakap tengah warded kat hospital sebab denggi..(alololo cian 😂) ..apa lag, terus la aku offer nak visit dia...gigih ak tunggu hujan reda semata nka visit dia masa tu...haha...

Setakat entry ni ditulis, dah few times jumpa dia...kitorang lepak makan and movie je...aku rasa dia bukan plu pun..tapi jenis friendly...dan aku selesa lepak dengan dia..hehe...

Anyway, last but not least, awal bulan April 2017 hari tu, genap 3 tahun aku diagnosed HIV..it's not something worth it to be remembered but at least, it is something to start over with or even restarts banyak kali...kikiki..jujur aku cakap, aku sendiri tak sempurna mana..walau banyak mana aktiviti aku buat untuk divert nonsense things, tetap ada jugak masanya yang aku kecundang...cuma, aku kena lebih berazam and berusaha lagi untuk pastikan hidup aku diberkati...korang pun tolong doakan aku ok?...

Nah, dengar lagu aku 'sumbangkan'..haha




Thursday, 9 February 2017

Tentang Mereka (5); Bertuah

Assalamualaikum kat blogger, reader dan kawan-kawan alam maya semua...
Sebelum cerita panjang dalam entry kali ni, aku nak bagi tau yang kawan blogger aku a.k.a pemilik blog: Sebalik Topeng Pelangi sudah kembali ke Rahmatullah 3 Januari 2017 hari tu...

Aku dapat info dari seorang member...pernah la chat dengan arwah sebelum dia sakit...dan banyak cerita dia pasal someone yang dia panggil 'Dr R' (kalau tak salah..)...

Last thing yang aku dapat tahu adalah arwah sakit kanser...sejak tu, memang jaaarang sangat dia reply mesej...for info, arwah study sama Uni dengan aku, tapi lain kampus and lain course...tapi arwah ni junior aku la...tak sangka arwah pergi dulu sebelum aku..huhu..."korang janganlah pergi dulu....patutnya aku yang pergi dulu...huhu.."

"Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa 'aafihi Wa'fu 'anhu...amin"...semoga rohmu dicucuri rahmat...sama-sama kita doakan arwah ye guys.. :(

Ok, berbalik pada entry ni..as I mentioned kat entry2 sebelum ni, kalau aku letak tajuk 'Tentang Mereka', tu maksudnya bukan cerita aku lahh..cerita pasal orang lain yang aku dengar dan hayati sendiri daripada pemilik cerita...hehe..

So, untuk kali ni, ada beberapa kisah aku nak share yang berkaitan dengan 'Bertuah'....to recap, aku pernah tulis entry yang lebih kurang sama tajuknya i.e: Keinginan & Tuah  ..cuma kali ni, aku nak cerita pasal kisah orang lain yang berlaku kat sekeliling aku...


Kisah 1

Kisah ni adalah daripada salah seorang reader blog aku nih...

Emel pembaca:-


Salam..

Saya sudah diagnosed hiv positif pertengahan tahun ni (2016). Mula-mula saya 'agak' boleh menerima (status saya) tapi sangkaan saya meleset.

Sejak 2-3 minggu ni saya berasa sangat tertekan..sampai hilang fokus pada kerja..bos sering bertanya: tiap-tiap bulan mesti ambik cuti..

Bukan itu sahaja, tiap-tiap malam sukar saya nak tidur sebab terlalu fikirkan masa depan yang mungkin suram..

Pada pandangan awak, macam mana saya nak uruskan masalah ni? Saya bukan jenis yang suka bertukar pasangan melainkan ex-bf saya. Saya dapat (hiv) pun daripada dia sebab dia disahkan positif sebelum perkenalan kami lagi. Mungkin ini jugak salah satu punca tekanan (stress) saya.

Bagaimana saya nak uruskan tekanan (stress) ni? Apa saya perlu buat pada ex-bf saya memandangkan dia masih aktif bertukar pasangan walaupon dia tahu dia positif Harap awak boleh membantu sedikit sebanyak. Tq.

Emel balasan:-


Wassalam

Saudara ni kerja shift ke? Boleh tau nature kerja saudara ni macam mana?

Memang normal rasa stress untuk terima perkara-perkara besar macam ni..saya pernah tulis artikel tentang ni..boleh klik link: Acceptance-Rejection?

Kalau banyak sangat aktiviti yang saudara join time macam ni pun boleh buat stress..jadi mungkin boleh kurangkn sikitkit aktiviti yang berat..tapi maintainkan kesihatan..

Berkenaan dengan ex-bf, it is the least priority for you to take care off...saudara perlu settlekan hal saudara dlu...dapatkan rawatan dari doktor dan jaga jadual apopinment. 
Apa yang dah jadi, tak boleh nak patah balik.Tak perlu fikir siapa yang menyebabkan hiv pada saudara..saya sendiri pun tak tau siapa dan malas nak fikir.
Saudara boleh nasihatkn ex-bf supaya jangan aktif lagi atau suruh dia pakai kondom. Kesan org poz yang belum makan ubat tapi tetap aktif tanpa kondom adalah lebih teruk pada diri yang poz tu sendiri. Boleh tengok kat google: 'superinfection' or klik link ni untuk brief info: http://www.hivplusmag.com/treatment/2014/04/10/what-hiv-superinfection-and-how-do-i-prevent-it

Now, cari perkara yang boleh buat saudara happy or busy. Macam saya, saya cuba untuk kumpul duit sebanyak yang boleh untuk tolong famili and smpanan saya. Jadi, jarang ada masa nak bersedih or merintih. Kalau suka lepak dengan kawan office, ajak diorang lepak. Kalau suka gym, boleh kekalkan gym, tapi jangan sampai over sgt...

Saya pun ada join NGO hiv untuk dapatkan maklumat and pengalaman dari plhiv..So, (saudara) maybe boleh join NGO-NGO ni..

Harap sangat dapat bantu (saudara)..huhu..saya pun bukannya pandai nasihat. Kadang saya pun masih a bit stress..

Terima kasih sebab baca blog saya ye..

*kalau korang baca betul-betul emel tu, korang akan perasan yang dia tetap fikirkan pasal ex-bf dia tu walaupun si ex-bf tu tak pernah nak fikir orang lain...betapa bertuahnya ex-bf tu ada someone yang masih caring...hmm..

Kisah 2

Aku ada kenal seorang abang yang sama status macam aku sejak 2-3 tahun lepas...abang tu (Abang S) nampak matured la..memang boleh menjadi pilihan hangat adik-adik plu la..kikiki...

Alkisahnya, dia ni dah pernah berkahwin and ada anak seorang sekarang...tapi dah bercerai lama dengan ex-bini dia....punca cerai (katanya) sebab ex-bini macam tak pandai ambik hati dia sepanjang kahwin..kadang-kadang, makan pun dia beli..hmm...

Then, entah macam mana, dia kata, dia  lebih rasa dihargai bila bergaul dengan seorang kawan plu lembut yang dia pernah kenal dulu...end up, dia kenal dunia plu dan selesa untuk bercouple dgn plu..hmm..hebat kan penangan plu?boleh bengkokkan apa yang lurus pulak tu...hahaha...

Now, dia dah berapa kali couple pun aku tak sure...dan latest bf dia pun sama status macam dia setelah disahkan poz oleh seorang doktor kilinik swasta yang plu friendly (aku referkan)..huhu..

Sampai sekarang, diorang masih bersama...dan Abang S saaaangat caring kat bf dia nih...siap tanggung belanja belajar pun ada..haha...anyway, bf dia baru grad kalau tak salah and aku tak pernah jumpa bf dia..kikiki...

For those yang tak tahu lagi, aku sekarang ada buat part time jadi Uber driver time weekend...(part time je...cukup2 buat minyak seminggu je..hehe)...

So bulan lepas, Abang S contact aku and mintak tolong hantar dia somewhere....masa tengah pick up tu, nampak dia salam tangan mak dia..sweet la sangat..kikiki..then, on the way to destination tu, aku tanya la: nak pergi mana ni? Sebab setahu aku, dia kena pergi offshore esoknya...bukan pada hari aku hantar dia soemwhere tuuu...dia ckp: kenalah jumpa 'bini' dulu spend time sebelum pergi jauh...hahahha...comellll...sweet weh....

Bertuah 'bini' dia...ada orang yang boleh jaga time sakit nanti...hmm...bertabahlah wahai hati aku...kikiki...

Kisah 3

Kisah yang ketiga ni pulak adalah kisah yang agak general...kadang berlaku among our surrounding...ceritanya cliche..tapi it may gives some hope to those yang rasa kecewa dengan cinta..cewahh...haha.. :p

"Ceritanya tentang X, Y dan Z...

X suruh Y kenal degan Z sebab X tak suka Z..tapi Z suka sangat kat X...sanggup bergadai harta dan nyawa untuk X..sampaikan X pernah tumbuk Z (sebab annoyying sgt) pun Z relakan aje...

Now, Z macam dah win over hati X..yang X ni sebenarnya mahu, tapi malu-malu agaknya..sbb tu dia bajet poyo, jual mahal dan suruh Y kenal dengan Z secara sembunyi-sembunyi..

Y pulak sejak mula lagi dah menaruh harapan kat Z..

So pada awalnya, Y rasa tersepit dan makan hati sendiri...rasa macam dipermainkan...tapi, lama-lama, Y pun sedar diri yang dia bukan siapa-siapa pun especially pada pandangan Z dan Y mula rasa terharu dengan usaha si Z untuk dapatkan X tu sebab Y tak pernah ada pengalaman macam tu...

And actually Y dah start nak close his heart...but bila dia sendiri terjebak dalam situasi ni, dia mula rasa yang ada lagi sincere person dlm dunia ni..hmm...akhirnya Y tak nak keruhkan keadaan dan biarkan Z win over hati X sampai berjaya....(sekarang dah berjaya pun..kikiki)....

Y teringat kata-kata seorang kawan yang bagi nasihat masa Y tengah tersepit dalam situasi tu: ada banyak lagi perkara and cara yang boleh buat kita happy...move on dan jangan toleh belakang...biar kita kecewa tapi kita happy... :)

Y itu adalah aku...ya...AKU...

Kalau kita tengok sekeliling, how lucky some people surrounding us kan? But, kadang kita tak terlupa to those yg unlucky...betapa banyak manusia yang saat ni masih struggle untuk sesuap nasi...betapa ramai yang lagi yang masih sesat tak sebelum bertemu Tuhan..

Tapi malangnya, kadang kita gagal nak tengok benda-benda ni..huhu...termasuklah aku...aku sendiri pun leka...

Jadi, to X, my advices to you (quoting from previous entry):-
*kalau rasa hidup korang miserable, ada lagi yang worse..dont worry, u guys are luckier...kita sama-sama belajar bersyukur...
*LIFE is not only about yourself but it's about how you care for and fit in with others too...
*hagailah orang yang sudi hargai kita sebelum kita pulak yang menagih simpati/penghargaan...


Post Script

Oklah guys..dah malam..ngantuk, nak tidur..selamat malam sayang...ehh :p ..
Meh dengar lagu ni, khas aku melalak untuk korang yang rasa terguris or kecewa tuhh..kikiki






Tuesday, 27 December 2016

Kesungguhan yang Pudar (Fading Passion)

Sedar tak sedar, dah nak habis dah 2016 ni. Tinggal few days maka tahun baru akan muncul...makin tua la aku ni haa...haha...

Lama jugak aku tak update blog ni ya. As I said dulu, mungkin sebab faktor usia and tak ada idea...kikiki... OR maybe sebab I've lost my passion nak menulis lagi kot...in other words, 'my passion is fading'....huhu...mesti korang ada certain minat yang dah start rasa tak best nk follow dah...baik ngaku cepatttt.... :p

Some times back, aku ada join talk pasal 'depression' (around 2 months past kot) anjuran NGO HIV kat KL ni. Menurut spekar talk tu, one of the initial depression symptoms is 'starting to lost passion on our interest'....cuak pulak aku dengar speaker tu cakap macam tu...haha...tapi, insyaAllah depress aku ni boleh dikawal lagi kot....or maybe ak tak tergolong dalam depress person pun..hehe....

Kalau dulu, ada la jugak few kesungguhan yang aku rasa seronok nak spend my time on...antaranya:-

Kesungguhan untuk join program-program NGO

Actually, since student lagi aku memang minat aktiviti ko-kurikulum....in fact since sekolah menengah...aku rasa a bit relieve and feel appreciated with those friends yang sama-sama settlekan event...

Dekat Uni pulak aku join program kelab kefasilitatoran and persatuan pelajar...tapi above all, aku cuba divide masa antara study and aktiviti-aktiviti luar kelas tuu...kalau tak, susah aku nanti..kikiki..

Kalau korang perasan, banyk plu-plu yang suka join event macam ini...tak tahu lah kenapa...mungkin sebab jiwa-jiwa plu ni a bit sensitif dengan isu semasa and isu masyarakat kot....but additionally, aku suka join aktiviti-aktiviti macam ni sebab aku boleh kenal ramai orang yang macam-macam perangai...sambil-sambil tu boleh cuci mata...hahahahhaahha....niat dah lari pulak ek.. :p

Habis Uni, aku still engage dengan aktiviti-aktiviti Uni aku (selagi junior-junior masih invite aku join la..)...plus, aku mula kenal dunia NGO kecik...antaranya, aku mula join program 'street feeding' anjuran sebuah NGO kat tengah bandar KL. Main activity is to feed the homeless around KL. Aku join because I feel it's a good opportunity to gain some experience and tak ada la buang masa hujung minggu sangat. For info, orang yang bawak aku join program tu pun plu...but he already gone from the NGO for what ever reason la...haha...aku yang masih lekat dengan aktiviti tu for almost 5 years weiiii.....walaupun volunteers bersilih ganti, aku masih cuba untuk stick dengan program..

Then, sejak aku disahkan poz, aku mula kenal NGO-NGO HIV yang jadi platform untuk orang macam aku ni berkumpul and buat program..tapi, kadang tak dapat nak ikut semua programnya sebab time constrain..

Cuma baru-baru ini, aku dah mula rasa hilang kesungguhan untuk join NGO-NGO lagi...especially NGO yang bagi makan homeless tu....maybe sebab dah agak lama aku join, jadi penat...but actually the main reason adalah salah seorang volunteer (baru join setahun jagung) a bit biadap dengan aku...umur dia muda, tapi mulut duk mengejek and membahan aku tak ingat dunia.....contoh paling mudah: most of the time this new volunteer with his group suka lepak sampai pagi buta (kat mamak ke..karoake ke...) after program 'street feeding' ni habis...and aku memang susah sikit nak ikut dorang melepak lama sebab dah start penat kerja siang hari..plus, pening makan ubat haart tu...dan bila aku refuse, mula dorang mengata; aku ni bosan la...anti sosial la....etc...that makes me down and feel a bit useless..sebab aku tak dapat join melepak sampai pagi buta...dan dorang takkan faham kondisi aku :(

Makin lama, aku makin terasa kalau dia duk bergurau-gurau dengan aku...sebab aku dah mula menyampah dengan dia...one day, it exploded...aku sound dia kat dalam group whatsapp (after he started it first)....to my surprise, ramai pulak yang back up dia...as always, aku jela jadi culprit..fuhh...i hate dat kind of moment because it triggers my past dark memories..huh!!!..lepas kejadian itu, aku still join program but memang sekadar join program then balik...tak bertegur pun dengan that guy...malas dah aku nak join..aku pun terasa dengan orang-orang yang back up dia as if he is the saint...sejak tu, aku realise yang my relationship and my repo with other members in past 5 years tu is not good enough to make me fit well as part of them..my passion in this is started to fade...

Kesungguhan untuk membantu/menghargai

Kalau korang perasan, aku pernah cerita pengalaman-pengalaman aku jumpa plu and plhiv....ada yang dalam bad condition, ada yang ok etc.

Niat aku jumpa plhiv-plhiv ni adalah nak bantu dorang dari segi bagi semangat..bagi basihat (ada jugak niat cari jodoh..eh...gurau2... haha :p )...tapi yang aku perasan, few of them, lepas aku bagi tips and share ilmu sikit, dorang terus lost contact...bila ada problem, baru cari aku...meroyan la..mengadu la..hmm
OR paling tak best adalah dorang masih continue dengan bad lifestyle dorang...hmm...i know, plu feeling tak boleh hilang..but at least, pakailah protection...kesian kat orang lain jugak..huhu...dan kesianlah kat diri sendiri....huhu...

Makin lama makin pudar semangat nak tolong orang lain...makin tak semangat nak jumpa and bagi tips2...huhu..

Tu baru plu/plhiv...kawan u aku pun lebih kurang jer; bila susah baru nak mesej aku...tanya khabar...tu pun aku tak jujur nak describe my condition; aku akan cakap "Alhamdulillah"...

Kalau dalam famili pulak, aku rasa benda yang sama; rasa tak dihargai bila aku tetap disalahkan..tetap bergaduh...despite of sacrifices yang aku dah buat..rasa macam kuli pun ada...haha...macam-macam haihh..

Oh ya, baru-baru ni aku pos kan kad hari jadi kat sorang kawan yang aku tak pernah jumpa..kenal dah hampir 3 tahun, tapi tak pernah jumpa...aku pernah cerita pasal dia kat korang..klo korang ingat lagi la...kikiki...dulu, dia rajin call aku..borak tak berhenti 2-3 jam straight...nowdays, dah lost contact...aku mesej pun tak reply...aku call, call tak masuk...the only thing I have is his friend's home address...tiap kali raya and hari jadi dia, aku akan hantar kad ucapan kat rumah kawan dia tu..then kawan dia akan pass kan kat dia...kad tu tanda aku hargai dia as friend...mugnkin dia dah ada anak sekarang..who knows right?...hmm, kalau la dia terbaca entry ni, I just want him to know that: aku masih ingat kat dia dan akan send those cards sebagai tanda terima kasih aku kat dia..tapi, kalau one day kad-kad tu dah tak sampai...harap dia fahamlah..hmm

Kesungguhan untuk menulis/berkarya/bermedia sosial

Dulu aku suka berkarya buat sajak..cerpen..lagu untuk release tension...ada la few karya aku pernah post kt blog aku ni...tapi, kurang dapat sambutan sebab ala-ala jiwang tak bertujuan...haha..

Same goes to this blog...kadang berjam-jam aku spend masa nak tulis satu entry..tapi tengok macam hidup segan mati tak mahu jer...haha....i know, blog aku tak hebat mana pun...and i am really bad in promoting my own blog..one day, blog ni pun akan 'secara tak lansung deactivate'...hahaha..because who knows whether I'm still here to update the entries..kan?...hehe

Cuma aku harap kalau ada entry-entry yang berguna kat blog ni, share-share kan lah..untuk jadi rujukan kat plhiv yang baru diagnosed tuu...

Kesungguhan untuk mencapai impian

Kita semua ada impian kan? So do I...kalau nak diikutkan antara impian utama aku adalah:-
a) Dimurahkan dan diberkati rezeki
b) Memberi inspirasi kepada orang lain
c) Menjadi someone yang bahagia dan berjaya dunia & akhirat

Alhamdulillah, rezeki aku dimurahkan dan aku rasa sangat diberkati..perjalanan aku dalam bidang kerjaya sangat mudah...Allah yang bagi..tapi di saat aku mula merasai nikmat rezeki yang luas tu, aku mula perasan yang mesti ada something yang akan ditarik sebagai ganti...meaning: being human, we will always have to bear some flaws and imperfection....kalau rezeki kita murah, mesti ada another part of life yang akan ditarik..and it's true....aku ditakdirkan seperti sekarang ni...memikul status sebagai plu and plhiv...berattttt ujian ni...I know, some of you pun struggle nak buang the plu feeling kan?hmm...dari segi survival sekarang, aku bekerja sekadar nak teruskan hidup je..tak tahu sampai bila company akan keep aku dengan dorang...kalau nak tukar company yang sama bidang, a bit challenging sebab takut-takut ada companies yang akan buat hiv test untuk pre-emplyment medical check up..huhu...takpelah, lagipun aku kerja sekarang sebab nak bayar hutang aku and hutang famili...tak fikir sangat nak allocate somne money untuk aku bercuti ke, makan mahal ke...tengoklah keadaan...
Ada jugak buat Uber..meniaga kerepek untuk cari duit lebih..penat jugak sebenarnya..tapi better buat something yang elok daripada buang masa kan?...hmm...

My other dream adalah untuk memberi inspirasi kat orang..cumanya, aku rasa useless sebab I'm not born with charismatic and big heart/soul...kadang cepat putus asa sebab penat...kadang hangat-hangat tahi ayam je...above all, aku try fokus kat progran-program NGO aku tu...entahlahh...aku rasa, better follow the folow je kot..huhu..

Selain tu, aku pun teringin jugak nak happy macam kawan-kawan aku yang lain; ada someone yang sayang aku unconditionally because to me, kalau someone said: "kau ni baik, TAPI"..."kau ni handsome, TAPI"....."kau ni ada dah shape badan, TAPI"...that means, that person doesn't really care for and love you..hmm...in other words, it is an insult to me...tak boleh ke someone just accept me the way I am? :( ..so please, janganlah assume aku ni perfect...sebab aku tak pernah mengaku sempurna...dan aku belum jumpa that unconditional love lagi..apatah lagi dengan status aku ni..lagilah rasa rendah diri and tak laku..hmm

Semalam (26/12/2016), aku mimpi pelik...latar masa mimpi tu adalah time sekolah menengah form 4-5..aku ada sekumpulan kawan..dan masa tu aku tengah membebel (pasal apa pun aku tak tahu..haha)..tiba-tiba salah sorang kawan aku tu tenangkan aku..kononnya dalam mimpi tu dia bf aku...rasa seronok pulak...tiba-tiba, at the end of the dream, aku tengah makan kat meja pengantin...yeah..aku kahwin dengan someone..tapi tak sure siapa pengantinnya; laki ke perempuan ke...sebab tak nampak muka...

hmm...banyak kali dah aku mimpi benda macam ni tapi tu sekadar mimpi la...haha..aku tak sebertuah korang yang kenal bf accidentally..yang tiba-tiba bump into kat jalan then exchange hp number...yang selalu stalk korang secretly...yang parking motor/kereta sebelah-sebelah...yang terlanggar time kat selekoh...yang tiba-tiba bayarkan bil makan kat restoran...dan macam-macam 'kebetulan' lah..hahaha...

Apa yang aku tahu, dunia plu ni perit..sakit..racun...tapi malangnya aku tak pernah tahu how to get out of it.. :( ....

P/S: Oklah guys, aku tak nak lama-lama update entry ni...cuma nak ucapkan terima kasih kat korang yang sudi baca blog aku...akhir kata, sedikit pesanan untuk korang kalau-kalau ia nya bermanfaat..haha:-
*kalau rasa hidup korang miserable, ada lagi yang worse..dont worry, u guys are luckier...kita sama-sama belajar bersyukur...
*tak perlu sorok kesusahan/kesengsaraan kita daripada orang lain..kerana mungkin akan ada yang berdoa untuk kita tanpa pengetahuan kita..
*LIFE is not only about yourself but it's about how you care for and fit in with others too...
*hagailah orang yang sudi hargai kita sebelum kita pulak yang menagih simpati/penghargaan...

Video bawah tu khas untuk korang..muahahaha...pandai-pandailah korang sumbat kan telinga tu bagi tak pecah gegendang telinga..kikiki...
Selamat tinggal 2016...semoga masa depan lebih baik untuk kita semua..amin.. :)












 
"Segala apa yang telah ku berikan, masih lagi tak memadai.."